Hidup ini tak pernah jemu untuk menuntut mujahadah yang berterusan. Setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu di usahakan. Perlu ada tribulasi dan mehnah yang perlu diharungi..Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena. Begitu juga dalam kesungguhan mengulangkaji pelajaran, kesabaran melayani kerenah sahabat handai, hinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri yang bergelar insan. Inilah kehidupan, tidak lari dari, suka duka, perit jerih, dan susah payah. Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah. Jiwa yang mengakui beriman kepadaNya.
Begitulah hidup, di saat semua perkara menjadi smooth, tiada apa yang perlu dirisaukan, tiba-tiba kita diuji dengan dugaan yang mendatang. Itulah namanya ujian, datang tanpa disangka, pergi kita tidak tahu bila. Di saat hati pedih, mencari hikmah atas apa yang menimpa, Al-Quran menjadi tempat kembali, isinya penuh istimewa, pasti sesuai di setiap keadaan dan masa. Namun, bergantung kepada kesediaan hati itu untuk mengaitkannya dalam kehidupan, mengambil manfaat dari tiap bait Kalamullah.. .
Ketika penulis menulis dan mengupdate blog yang telah lama bersawang, penulis masih lagi sedang berhadapan dengan tarbiyah dari Sang Pencipta..kini, penulis belajar untuk menjadi seorang yang kuat berbekalkan kekuatan yang masih tersisa, menyakini diri tidak keseorangan walaupun hakikatnya semakin hari penulis semakin kehilangan sahabat seorang demi seorang. Mungkin itu yang terbaik buat penulis, menjauhkan diri buat seketika, sehingga penulis benar-benar sembuh sepenuhnya.
Kini penulis belajar untuk memujuk hati mencari hikmah ,mengakui kelemahan insani. Berbekal ibadat di kala senang, menjadi keselamatan di waktu susah. Tabah dan sabar dalam menghadapi tribulasi berjihad melawan hawa nafsu dan amarah, kerana tiap langkah di atas jalan ini adalah kejayaan...kini baru penulis sedar, mengapa jihad melawan hawa nafsu dikatakan jihad al-Akbar..
Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, segalanya mungkin terjadi, asalkan hati jernih mengharap redhaNya.Asalkan hati sentiasa berbaik sangka padaNya. Ku hamba, aku sangat layak diuji!!
"sesiapa yg akhirat itu tujuan utamanya, maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya. Allah mudahkan segala urusannya & dunia datang kepadanya dgn hina (iaitu dlm keadaan dirinya mulia). Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya, maka Allah akan letakkan kefakiran antara kedua matanya. Allah cerai beraikan urusannya & dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dgn apa yg ditakdirkan untuknya (iaitu dalam keadaan dirinya hina”- HR Al-Tirmizi.
No comments:
Post a Comment