UJIAN MAKHLUK AKHIR ZAMAN
Apa sebab ombak besar datang?
Pertama, kita tinggal di bumi Allah tetapi kita buat sistem lain daripada sistem Allah.
Kedua, sudahlah tolak sistem Allah, perli-perli pula, kononnya sistem Allah sudah ketinggalan zaman, tidak profesional, tidak global, dan banyak lagi yang dibuat penghinaan terhadap kepada Allah dan sistem Allah.
Masing-masing percaya rezeki di tangan Allah, jodoh & pertemuan, ajal maut, sihat sakit, semua dari Allah. Tetapi berjuang, bekerja, berbakti dan mengabdikan diri bukan kepada Allah. Sebaliknya kepada nafsu dan syaitan. Ketaatan, kesetiaan dan persembahan menjunjung kasih tidak pun diupacarakan kepada Allah. Sesungguhnya mulutnya berkata “maalikiyaumiddiin” 17 kali sewaktu qiam di dalam solat, namun Allah tidak dilayan sebagai maharaja. Sebaliknya Allah diperlakukan sebagai patung tidak berguna yang diletak di penjuru ruang dan tidak dipedulikan.
Mungkin bencana alam datang, ada yang berjanji dengan Tuhan waktu sembahyang “inna solaati wanusuki wamahyaaya wamamaati lillahirobbil’alamin” bahawa sesungguhnya solatku, amalanku, hidupku, dan matiku, semuanya kerana Allah Tuhan sekalian alam. Tetapi, di luar sembahyang, konsep hidup yang diperjuangkan bukan lagi konsep yang Allah perintahkan (untuk mengabdikan diri kepada Allah) sebaliknya hidup dengan menegakkan konsep barat yang sama sekali tidak dirujuk kepada Allah. Seolah-olah di luar sembahyang itu, Allah tidak perlu campur tangan urusan hamba-hamba. Seolah-olah Allah tidak faham urusan hidup manusia, biarlah manusia fikirkan sendiri. Kononnya Allah dibuat seperti orang tua di kampung yang tidak pernah ke sekolah. Kuasa mutlak yang diberi Allah telah dicemari dengan sikap hidup anti-Allah yang ditaja oleh aliran sekularisme. Percaya Allah wujud tetapi tidak ada modal untuk membanggakan Islam.
Bencana alam mungkin datang sebab ada seruan daripada Allah kepada pejuang-pejuang Islam tetapi suara pejuang-pejuang ini bukan sahaja tidak dipedulikan bahkan dianggap bahaya serta ditentang habis-habisan. Pejuang-pejuang Islam ditangkap serta sistem Islam dikuburkan dan diisytiharkan sebagai menyesatkan.
Barat sudah mendekati Timur untuk menghancurkan Islam. Mereka di puncak kezaliman untuk menentang Allah dan agamaNya. Tidak cukup Palestin, Iraq, tidak cukup Iraq, Iran, tidak cukup Iran, Syria, dan yang terkini di Jordan. Mereka tahu kebenaran tetapi menentangnya. Kita nak jadi macam mereka jugakah? Tahu Al-Quran benar dan sunnah Nabi SAW perlu kita ikut tetapi menentangnya, kita sokong perjuangan Barat. Kita perlu bersama-sama untuk menegakkan amal maaruf nahi mungkar tetapi sayang, rupanya kita manusia bertopeng sahaja.
Perlu ingatkan kita yang dhaif lagi hina….
No comments:
Post a Comment