In the name of ALLAH, Alhamdulillah sekali lagi berpeluang ana menulis di blog titis – titis tarbiyah ini. Pada awalnya ana merasa terpanggil untuk menulis berkaitan perasaan ana yang telah banyak berubah – ubah atas permasalahan demi permasalahan. Namun, kembali kepada tajuk entri ana, ana ingin berkongsi dengan pembaca triple T(titis – titis tarbiyah) berkaitan dengan diri kita.
Siapa ya, diri KITA ini?
Jika kalian berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun, maka kalian adalah KITA yang ana maksudkan. Pemuda harapan bangsa. Jika ingin melihat kemajuan atau masa depan sesebuah Negara maka lihatlah pemudanya. 3 rangkai kata yang ana biasa dengan. Selalu sangat pemuda ini dikaitkan dengan orang yang amat diharapkan. Kenapanya? Dalam satu bahan yang an abaca, dikatakan pemuda ini kuat, berani dan macam – macam sifat mahmudah ada pada pemuda. Namun, saudara dan saudari yang bergelar pemuda setuju atau tidak dengan 3 rangkai kata yang ana war – warkan?
Jom menyelusuri sirah Nabi S.A.W!
Baca dan renunglah apa yang kita buat semasa berada dalam setiap tahapan yang kita baca:
*
Usia 0 – 4 tahun; sudah menjadi yatim à
HIdup dengan ketiadaan ayah dan seterusnya berseorangan bukan satu situasi yang mengembirakan bahkan selalunya jika kita lihat kisah anak yatim ini, mereka selalunya merindui untuk bermanja dengan ibu dan ayah. Namun, kadang kala mereka akan lebih cepat matang kerana semua perkara terpaksa dilakukan dengan tulang empat kerat serta akan yang dikurniakan. Kita, kita yang punya ayah dan ibu bagaimana ya? Adakah terlebih dimanjakan sehinggakan nak cuci pinggan sendiri atau cuci pakaian dalam sendiri pun kena minta ibu atau bibik yang cuci?
* Usia 4 – 6 tahun; pembelahan dada, kembali ke ibunya à
kematangan spiritual dan kecukupan kasih sayang Dikasihi oleh Halimatul Saadiah dan mempelajari kehidupan sebenar bangsa ARAB
* Usia 6 – 8 tahun; tinggal bersama kakeknya à
pengalaman politik yang intensif. Abdul Mutalib seperti yang kita ketahui adalah salah seorang pemuka quraisy yang disegani dan sejarah beliau juga amat banyak. Beliau amat menyayangi cucunya MUHAMMAD S.A.W. Bapak borek anak rintik. Seperti Tun Abdul Razak dan Datuk Seri Najib. Yang tua akan memberikan teladan baik kepada yang muda. Situasi sama berlaku kepada nabi S.A.W. Bukan semua perbuatan Quraisy adalah satu yang buruk. Maka dari aspek kepimpinan kekasih kita dapat sedikit sebanyak melihat daripada kakeknya.
* Usia 8 tahun; bekerja mengembala kambing bersama pamannya
* Usia 12 tahun; bisnis internasional bersama pamannya
*Usia 15 tahun; pengalaman militer dalam perang Fijar. Kita tengah sibuk menjawap soalan objektif Penilaian Menengah Rendah!
* Usia 25 tahun; menikahi khodijah à
Ketua keluarga
* Usia 25 – 35 tahun; telah memiliki pengalaman sebagai kepala
keluarga, pedagang, orang kaya, pemuka masyarakat,dan berbagai aktifitas social malah di usia 35 peristiwa membangunkan kaabah berlaku.
Lihatlah, baginda ditarbiyah dengan baik, sepanjang zaman pemudanya baginda telah mempunyai pelbagai pengalaman daripada perkara yang menyedihkan seperti menjadi yatim hingga menjadi orang yang dipercayai (al – amin).
PEMUDA KINI
"Maka datanglah setelah mereka
generasi yang yang lemah,
Yang meninggalkan sholat dan
mengikuti syahwat, maka mereka
Akan menemukan jalan kesesatan "(19:59)
إن ربّك ليعجب للشّاب لا صبوة له (رواه الروياني عن عقبة)
"Sesungguhnya Tuhanmu kagum kepada seorang pemuda yang tidak memiliki sifat shabwah (kejahilan dan keanak-anakan)."
Sifat Shabwah
Pengertian
* Rindu kepada zaman kanak-kanak atau sifat keanak-anakan.
Lambat menyedari sudah dewasa dan mempunyai tanggungjawab. Lebih suka serahkan tanggungjawab kpd orang lain, rasa xbersalah apabila merugikan orang lain
* Cenderung kepada hal sia-sia atau permainan
* Cenderung melakukan kebodohan
Terdorong dgn gelojak emosi kerana darah mudanya. Melakukan kerosakan, menyebabkan kerugian.
* Petualangan yang liar
Lakukan sesuatu yang baru utk buktikan kejantanan dan keberaniannya. Kesannya, rugi fizikal, material dan mental. Rugi diri sendiri dan orang lain.
Cara Melawan Sifat Shabwah
* Jangan menyendiri
Mencari seseorang utk menyelesaikan masalah remajanya, berbincang dan memohon doanya.
HR Ahmad: "Izinkan aku berzina." "Celaka engkau". "Suka apabila jadi pada ibumu?" "Aku xsuka". "Begitu juga orang lain." "Kakak dan adik perempuanmu?" "Emak saudara ayahmu?" "Emak saudara ibumu?" "Ya Allah, ampunilah dosanya, sucikanlah hatinya, lindungilah farjinya". Selepas itu dia tidak lagi memandang perkara-perkara haram.
* Libatkan diri dengan aktiviti dewasa
Mempercepat kedewasaan dan rasa tanggungjawab, meninggalkan sifat keanak-anakan.
Faham dimana kita? Sebagai mahasiswa, ana cadangkan marilah kita fikir ke depan. Bak slogan MPP UNIMAS yang baru "revolusi minda". So, mahasiswa unimas sekalian, ana cadangkan kita fikirkan bagaimana ingin menambahkan ilmu bukan hanya menambah ilmu hiburan semata dan hanya belajar budaya sarawak dengan cara yang sangat sempit( belajar hanya budayanya daripada tarian semata) Sarawak kaya dengan budaya dan etnik maka pemikiran setiap etnik berbeza serta di Sarawak ini variasi agama juga besar. Ana bukan mengajak kepada pularisma atau liberalism, ana menyeru kepada perkongsian ilmu dan melatih diri berfikir secara ilmiah bukan kebudak sekolahan sahaja.
* Kunjungi orang yang soleh dan ahli ibadah.
Imarahkanlah Surau – surau kolej. Jika ana cadangkan kalian baca quran di dewan kuliah atau di tepi tasik UNIMAS pastinya kalian akan segan jika tidak pernah berbuat demikian. Tapi semua tahukan kita tidak boleh sesekali tinggalkan quran. Jadi, di mana nak baca quran dengan rasa tenang? Surau atau rumah ALLAH.
* Pilih kawan yang baik
Bantu proses menjadi soleh, cerdas dan bertanggungjawab.
HR Abu Daud: Seseorg akan ikuti kawan karibnya. Oleh itu, perhatikanlah orang yang akan dijadikan kawan rapatnya.
* Berlatih bekerja dan berusaha
* Kerja rumah, hubungan kejiranan, cari rezeki halal.
Bermain permainan sesuai dan bersifat mendidik
Sesuai dengan fitrah dan jantinanya.HR Ahmad: Ajarlah anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda.
Jadi rakan sekalian, mari kita renung. Adakah kita telah mempergunakan usia yang ALLAH berikan ini dengan baik? Adakah kita telah benar – benar berguna untuk agama kita ini? Ana akhiri entri kali ini dengan sepotong hadis dan ayat suci AL – QURAN
Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk.(QS. 18:13).
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada Allah!", orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.." (HR Abu Daud dan Ibnu Majah)
Rujukan:
1. Hadis 8, Syarah Lengkap Arba'in Ruhiyah, Fakhruddin Nursyam, Bina Insani Press Solo, Juli 2007
2. PEMUDA IMPIAN oleh Abu Faris
No comments:
Post a Comment